Peppermint

Daun Pudina (Peppermint) merupakan sejenis tumbuhan herba yang banyak kegunaannya. Merupakan sejenis herba yang berasal dari keluarga Labiatae dan ia tergolong dalam spesies mentha.Pudina bertindak sebagai perangsang dan membantu penghadaman serta mengurangkan flatulens. Ia juga bersifat antiseptik, antiparasit dan antivirus. Pemakanannya boleh merangsangkan tubuh badan mengeluarkan peluh.
Daun Pudina

Daun pudina juga digunakan untuk membuat ubat sapu untuk merawat selsema, sakit kepala, kekejangan otot dan sakit-sakit badan. Minyak yang diperbuat daripada daun pudina boleh menghilangkan rasa loya serta kejutan dan mempertingkatkan konsestrasi.

Khasiat Dan Kebaikan Daun Pudina

Sebagai perangsang dan membantu proses penghadaman.

Bertindak sebagai antiseptik, antiparasit dan antivirus.

Pemakanannya boleh merangsangkan tubuh badan mengeluarkan peluh.

Daun pudina digunakan untuk membuat ubat sapu untuk merawat selsema, sakit kepala, kekejangan otot dan sakit-sakit badan.

Ekstrak daun pudina digunakan dalam pembuatan ubat gigi mampu menyegarkan nafas anda.

Teh pudina menenangkan otot perut, melegakan kekejangan dan kesakitan perut (cramps and colic), menambah baik penghadaman lemak dan memudahkan perjalanan makanan dalam saluran sistem usus.Teh herba baik untuk kesihatan sindrom gangguan perut. Pudina adalah penyelesaian terbaik untuk masalah kekembungan dan angin perut.
Penyelidikan menunjukkan pudina memiliki kemampuan sifat anti-cancer dan dapat menghalang pembentukan fungsi tumor.Faedah kesihatan pudina termasuk keunggulan kesannya keatas anti-inflammatory dan anti-viral, kerana ini dikatakan pudina boleh digunakan bagi membasmi bakteria.
Pudina melegakan kekejangan dibahagian peranakan, dengan ini ia dapat membantu kitaran haid.

Semulajadi|Tiada Pengawet|Tiada Gula|Tiada bahan kimia


Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This Share on Google Plus Share on Tumblr

0 comments:

GC Tea Penawar Gula © 2014. All Rights Reserved | Powered By Blogger | Blogger Templates

Designed by-SpeckyThemes